<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=20156657&amp;blogName=flavor+of+the+day&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=SILVER&amp;layoutType=CLASSIC&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Furflavor.blogspot.com%2F&amp;blogLocale=en_US&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Furflavor.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>



+ lights off.

26 March 2009
Jom tutop lampu sama2.

28 Mac 2009
8.30 - 9.30 mlm.
Earth Hour 2009.

:smile:



(Hihi malashnye nak hapdet. :P )

+ lazy the 2nd

16 March 2009
uh, malashnyers. aku tgh deadline skrg ni, so apa yg aku blh buat skrg ni cume letak video.

dan monyet ini. :auauu:

JAMES MORISSON - BROKEN STRINGS

+ burung besar?

11 March 2009



You Are Big Bird



Talented, smart, and friendly... you're also one of the sanest people around.



You are usually feeling: Happy. From riding a unicycle to writing poetry, you have plenty of hobbies to keep you busy.



You are famous for: Being a friend to everyone. Even the grumpiest person gets along with you.



How you life your life: Joyfully. "Super. Duper. Flooper."

The Sesame Street Personality Quiz


Tak sangka aku ni Big Bird. Ingatkan Elmo. Oklah, mau tido. Nak jumpa ayahnda pagi besok.

+ born

09 March 2009
Cadang nak letak kaligrafi "Muhammad", tak jumpa yang berkenan. Huhu. Selamat Menyambut Maulidur Rasul para sahabat yg dikasihi sekalian. :star:

+ slow

Sebenarnye aku nk toles entri ni mlm tadi, tapi aku tersangat2 la letih otak, nk tekan kibod pun mcm lemah longlai je. 3-4 malam ni aku asik tdo lewat je, nk setel kje freelance dan fulus punye pasal aku sanggup bergadai nyawa (huh?)!

2 hari lepas ada la aku pegi ke mobile phone fair kat platinum walk (aku pun tatawu nape dia panggil platinum walk, aku jalan kat situ takde pon unsur2 platinum kat situ), dekat2 danau kota. Aku pegi sana kes aku tertarik dengan diskaun yang dia tulis kat banting dia "DISKAUN SEHINGGA 70%". Bila aku sampai kat situ... apekah? harga lebey kurang sama je dr apa yg aku tau. Mungkin stgh2 jenama je yg ada diskaun. CSL (brand china) kot. Tapi sape la yg nk pandang brand tu. Orang yg tertarik pasal function TV je kot... dan murah. Tak fikir plak pasal kemudahan yg utama dia; mampu rosak dalam masa yg singkat! Puyooo. Org kaya je kot mampu pakai, sbb stail pakai buang. Wahaha.

Aku sebenonye tertarik dgn 3 henset. Tertarik je la. Belinye tak. Bak kata orang pompuan, membeli tingkap (window shopping). Ni aku tunjuk henset (skali dgn link spesifikasinya) dan harga ori punya:

1. Nokia E63 (RM960)

Best utk melakukan senaman kedua2 ibu jari anda. QWERTY kibod, 2MP camera, Wi-Fi, 3G, 3.5mm audio jack. Slack camera dia la, 2MP jek.

2. Nokia 5800 ExpressMusic (RM1299)

Touchscreen yang paling affordable (bg aku). 3.2MP with autofocus, Wi-Fi, and of kos 3G. Tapi tak sechantek iPhone la. Lagipun agak bulky.

3. Sony Ericsson C902 (RM995)

5MP with autofocus! Yang bestnye lens cover dia yg leh ditarik kuar, sgt2 revolutionary! Dan nipis, cuma 10.5mm je (Yg aku punye K770 pun 13mm). Masa aku try pegang tu mmg leh rasa kenipisan dia. Terlioqq! :love:

Hmm... try tanya tokey kedai tu. Berapa dia leh bagi kalo aku trade in yg aku punye K770. Dia ckp RM300 jekk. Huhu kalo dia ckp RM350 tu leh la kata sparuh harga jgk dr aku beli dulu. Takpelaah. Saje je tanya, bukannya aku nk beli pon (takde duit sebenonye :au_ah: )

Aku terfikir jugak nak jual henset2 lama aku. Nokia E51 dgn Sony Ericsson P910i. Ntah, diorang berdua tu duk terbongkang je atas meja aku. Sian jgk takde org pakai. Takpe lah, aku sedia untuk let go. Sape naaak?? :kumis:

(klik kat link utk tau spesifikasinye)

Nokia E61 (RM350)
Kondisi ok, mmg sesuai untuk orang yg suka bergayut menggunakan perkhidmatan sms. Ataupun sesape yg nk bergaya kat Stabak ataupun mana2 cawangan TempatPanas, leh la pakai henset ni walaupun masa tu korang takde kredit nk telipon orang. Aku dah upgred firmware dia yg sblm ni ada problem dgn penghantaran sms lembab. Sbb aku nk jual: Nk upgred. :ehemm:

Sony Ericsson P910i (RM280=repair lcd screen + tukar casing baru)
Err.... skrin dia da crack (AGAIN). Sape nk aku jual murah2 punye. Tak pon tunggu aku repair skrin dia balik (which cost me RM200), tukar casing baru (cost me RM80), lepas tu aku jual kat korang RM280, langsong takde profit. Aku just nk let go henset ni. Nak? Function sume ok, sgt2 best kalo korang nk jot down meeting, appointment, even bithdays. Sound dia pon best, lagi best dari henset aku K770 tu. VGA camera, Touch screen dgn pen stylus, dan ada external qwerty keypad yg korang leh sambung kat henset tu (yg tu ada kat umah KB, aku bagi satu kotak complete set teros). Lain2 spec leh tgk kat dlm link.

Hahaha da jadi tempat jual henset 2nd hand plak kat sineh.

Oh ya, apsal tajuk entri aku ni slow?

Tenet tgh SLOW!!! Tension btol! :marah:

+ not so lucky

05 March 2009

yaaa arini aku check samanku kat MYEG buat kali kedua. Dan buat kali keduanya aku terkejut melihat samanku yang begitu byk skali, since 2005. Yang herannya lepas la plak byr road tax dan lesen. Alhamdulillah la. Aku xtau la kalau lepas aku post yang ni JPJ prasan yang aku lom byr saman dan terus remind kat aku melalui reply kat bwh ni. :hehehe:

Aku dah byr saman yang berharga RM50 (korang takkan jumpa kat dlm gbr tu sbb aku da byr, lps tu baru teringat nk cetakpaparan (printscreen). Pastu tolak pulak RM2 atas perkhidmatan MYEG, so kne la byr RM52. Hehe tu je yg aku mampu byr buat sementara ni.

:star: UPDATE:
Ok2 aku cite satu per satu pasal saman2 aku, bermula dari tahun 2005... (kluar saun efek harp)

1. 07/05/2005 -
Time tu aku nk balik Kota Bharu, memandu kete Proton Saga biru (skrg ni pakcik aku pakai, huhu shahdunye). Time kne saman tu aku bwk 80km/h, dan aku langsung x prasan ada had laju kat situ. Tau2 ada signboard PERINGATAN: 60km/h!! Lagipun da slalu lalu area tu bwk 80, tak sangka plak aritu bad day. Ha amik la ko, pak polisi soh benti tepi...

2. 31/08/2005 (Yg ni aku da byr, so u guys won't notice) -
Malam merdeka, aku nk balik kampung jap. Mula2 aku buat bodow je la, sbb aku konfiden mmg takde pape kesalahan maupun pembetulan. Sampai kat road block, cek kejap, abg polisi soh benti tepi. Dia bitau road tax da mati! :wow: Aku ckp la aku langsung x prasan, dan mtk tlg jgn disaman. Mgkn time tu dia tgk muka aku cam babyface (wakaka) dia pun ckp la "Mcm ni, ko pegi beli air tin 8, pastu bak sini."

:haa?: ....

Sbb nk balik punye pasal, dan time tu rekod aku bersih, aku pon pegi laa carik kedai runcit pastu beli. Bagi kat dia, pastu dia pesan, "Ada byk lagi road block kat depan." Wakakaka kalo aku tau awal2 aku tak balik kampung dah!! Adekah aku perlu sediakan 2 katon utk bagi kat diorang?? Tapi aku teruskan perjalanan. Sampai kat mana ntah, dari jauh lagi aku nampak lampu biru lip lap.. Aku terus berenti kat tepi jln, depan kedai runcit.

Tido. :hehehe:

Ade la nk dkt pukol 5 aku terjaga, tgk2 da clear, aku sambung drive. Aku ingatkan clear betol la, aku bwk dgn penoh konfidensi. Sampai kat Dungun, ade pulaaakk! Yang ni mmg tak bley nk buat apa, terpaksa la berdepan dengan samanku yang pertama dlm hedopku.. :nangis: Nasib baik RM50 jers.

3. 28/10/2008 -
Yang ni masa on da way blk ke ofis setelah selesai urusan luar. Orang yang kol aku kat depan aku je. Tak sampai 5 saat kol tetiba je polis peronda soh benti tepi. Adoiii. Org kat dpn aku pun kne.

4. 07/01/2009 -
Aku kat loyat, baru lepas kuar dari parking. Time tu tgh koling org. Tkejut beruk tgk2 kat depan ada polis kat cbg empat. Aku plak tak pakai seat belt, terus tarik seat belt tersebut dan buat bodow. Berjaye membolosi pak polisi tanpa rasa sangsi. Tapi aku terkejut tapir plak sbb ade pulak sorang lagi berjaga lepas cabang tu!! Dia soh benti tepi. Aku tanya nape enchek? Dia ckp "Awk prasan tak ada trafik lait kat situ?" ..... :mikir:

5. 26/01/2009 -
Aku baru je sampai KL, lepas tol Karak menuju ke rumahku. Tetiba bunyi lagu Pussycat Dolls "Bila Aku Besar Nanti" kat tipun aku. Aku angkat. Polis sampai sebelah aku. T_____T

Sambil2 tensen pasal saman2 ni kne dgr lagu nyaman dulu. Lagu da besh, tapi sound tabesh.

JASON MRAZ feat. COLBIE CAIILLAT - LUCKY


Aku? Tak brapa nk lucky la kan. Err.. that doesnt sound right... :mlirik:

Labels:

+ virus amoi

Aritu masa aku login ke JobsMalaysia untuk melakukan rutin seharianku menyemak kerja-kerja kosong tiba2 aku terpegun babun melihat perkara yang aneh yang tak pernah disangka...



Aku try tukar byk kali gbr ni tapi kluar gbr amoi ni jugak. Aku langsong tak kenal dia, apatah lagi menggantikan gambarku dengannya utk meraih simpati pihak2 majikan yang sedang menchari pekerja. Last2 aku fed up, aku teruskan pencarian kerja.

:mikir: ........ Kosong.

Yup, langsung takde. Padahal sehari sblm kejadian ini berlambak jugak kerja dlm bidang IT. Ntah mcm mana berlaku eksiden ni, hanya penyelenggara laman web je yang tau. :hm?:

Tapi keesokkan harinye things went back to normal. Gambar aku (yang sebenar2nye aku) da kuar, kerja yang aku search pun kuar, walaupun aku masih tamao apply (tak berkenan di hati). Kne hack ke apa website gomen ni. Setau aku mlm sebelum berlakunya insiden virus amoi ni ada kuar dalam Berita Terkini TV3 pasal pelancaran website JobsMalaysia ni. Last2 mlm tu jgk kne hack kot. Haha.

+ sleepy

03 March 2009


Sambil2 nk test function smiley.. :mikir:

Labels:

+ dedication.

02 March 2009
Aku start secara alphabetical la ye.

Aiyeza - Semoge sukses dengan pinjaman MARA anda and jangan lupe kat sini bile da "bergaji" nanti ye. Heee~~ :D

Bipeds - Yeee aku suda updet blog! Tapi aku takde manik pree nak bagi kat ko. Makcik2 manik sume da pencen. :P

Chika - Selamat berAussie la ye che puan. Wish you all the best bersame gulai asam yang terchenta. Eh btol ke aku ckp neh. Maklumla da bley masak da skrg. Tips: Spend your time for about 3-4 hours a day in the kitchen and u could be a chef in no time. Heee~~ :D

Kafid - Sori ye chek kak, design baju lom dapat siap lagi. Ntah nape dh nk dkt stgh tahun tak siap2. Padahal wacom ada kat depan mata je. Huhu Y__Y Oh ye, nanti nk balik URL web hosting tu, nk buat website potfolio. Ntah jalan ke tdk nanti. :P

KK - Terima kasih kerana mampu meracunkan aku untuk mengupdet blog. Berkualiti betol racun ko, org lain cube racun aku tak dapat2.

Nabil - Slamat menjaga baby Sara ye. Kalo ko rasa ko xde masa nk lyn PS3, bak je sume games yg ko ada. Aku rela dan sudi mengguna-pakai. :P

Pengunjung2 lain yang aku tak mention dan tatau kewujudannya -
Sori menghilangkan diri. Enche Mah MOOD hilang tanpa kesan. Nak jenguk blog sendiri pun segan, apatah lagi menjejak kaki. Padahal byk masa aku blh luangkan kat sini. Seperti semalam tatkala aku bosan melihat dinding putih dan siling yang penoh dgn cicak2 yang sedang bermanja bersama pasangan. InsyaAllah aku trai menekan2 kibod kat sini even takde benda utk dicakap. Even benda yg nk dicakap takde kaitan dgn aku dan sekeliling aku.

Dan sebagai penutop aku dedikasikan sebijik video klip ni utk korang (dan juga utk aku).

ESTRELLA - STAY

Labels: